Tuesday, November 23, 2010

Teruk betul pengguna mudah ni..





Honda c70 -87 - Thumbnail




Honda c70 -87 - Thumbnail

Price: RM 400 Reg. year: 1987

saya ada sebijik honda c70 kesayangan utk dijual..condition seperti dlm gambar...motor simpan bawah bumbung..harga boleh la nak nego sikit-sikit...apa-apa sila hubungi saya di talian tetap 0125551523-faiz(hubungi pada selepas waktu bekerja saja)5pm ke atas.. 


p/s:x semua orang serius nak cari duit...

Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.
 
Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.
 
Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

"Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

"Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu
," katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.

Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.

Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

"Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik," katanya.

Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

"Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan," katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara. - BH
 
p/s:Teruk tahan kewangan orang Malaysia macam ni....

Sunday, November 21, 2010

Hampeh

Selamat Malam...

Susah kalau dapat orang yg masih mengharap cinta lama....

Sunday, November 7, 2010

Hutang

Mengikut kajian - ramai orang malaysia yg berhutang gara2 lupe diri dgn kesenangan yg dikecapi sementara waktu.....

nk tau lanjut,tggu mlm kang..

Tuesday, November 2, 2010

Sharing Is Caring

Best kan dpt ym sampai kul 350pg??mcm la pg ni x kje

Suatu ketika..






Hulu Langat:Mangsa harijadi telah didapati trauma seumur hidup setalah disirami air yg bersuhu negatif (-) 8 darjah celcius.....nak tau lnjut?tggu...

Sunday, October 31, 2010

Cintaku Si Dia

xde ape yang aku nak tuliskan hari nih
cume ape yang aku nak luahkan adelah
kisah hati aku
setelah sekian lame aku pendam
aku nak sangat die nih
memang payah, tapi ape yang aku boley buat
aku nak die
dan sekarang, boley aku katekan
die temankan aku walaupun jauh
die tolong aku
tempat aku gaduh, aku betekak
memang dengan die r...














gemuk yang cute!

Monday, October 25, 2010

Filem termahal tahun ini

filem termahal...

pergh....teringin nak tengok...hahhaa

Hari Ni Gaji....

Sempena dpt gaji.....aku telah membayar :-

1.duit motor
2.hutang abg long
3duit blaja diploma
4duit rumah
5duit beli kaburator baru...hahahhaha


skang tgh lepak kat ac....mai la...kite makan sushi..hehehe

Thursday, October 14, 2010

Sorento Full Speed

Ollaaa...

Best nye hari ni...x wat kje..asyik wayang jer....huhu...
klau nk tau...mlm ni ade TT Session atau Sesi Teh Tarik bersama MNKC setiap Jumaat malam Sabtu...Mari datang dan cari orang pkai bj MNKC hitam biru @ putih...

Monday, September 20, 2010

Merinduimu...

Setelah sekian lamanya....hati ku berkobar-kobar lagi,penangan dek kekasih lama terlintas kembali..pergh...hebat perasaan itu...hingga gagal kawal mate yg ptuih menjadi merah..aiyo....

Kerja Tanpa Batasan

Salam....
Hurm......waahhh....kerja...satu perkara paling seronok didengar tapi paling malas nk dibuat....biasa la kan,x kerja,x de duet...so...rajin2 lah kita menyibukkan diri..

Just nak share,
hari sabtu hari tu kne kje opis 9 pg ke 1 ptg,sambung pulak dgn kerja hotel bahagian banquet - RM7.00 sejam bermula 5 petang - 12 tgh mlm..so,nk dijadikan cerita..kerja hotel ni kerja part-time paling seronok dan paling mudah untuk dilaksanakan sbb kjer nyer mengular jer..hahahahahhaa....sah2 mlm tu dpt RM70 dlm masa 6 jam 30 minit...heheh...yuk makan2....

Thursday, September 16, 2010

Sorento Off Road ..

sorento off road

setelah tgk video ni...menguatkan lagi tanggapan ku pada sorento ku.!!

Comelnyer...


Comel nyer...

Watak paling aku suke dalam iklan Nippon Paint - dia ni melambangkan kekuatan cat mengatasi bahang kepanasan serta memberi perlindungan haba kepada rumah....

Good Job to Nippon Paint - beri kita peluang untuk berfikir secara kreatif...

New Facelift Sorento

Sorento Facelift

Keluaran baru naza ada 5 tahun atau 125,000km waranti, dan 2 tahun atau 50,000km pakej servis percuma, termasuk pelincir dan upah. Harga bermula dari RM138,888 (harga atas jalan).

Sementelah kejayaan saudara Izhar,yang juga President Kelab Naza Kia atau lebih dikenali sebagai MNKC - MyNazaKiaClub dan kesungguhan beliau menguruskan portal www.mynazakiaclub.com - akhirnya beliau bertukar wajah dari mempunyai kereta yang eksekutif kepada kereta yang eksklusif -



Wah....lihat hasil jagaan beliau,jeles woo tengok kereta dia berkilat,nak picit jerawat pun boleh..
 

Semangat Raya.....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Sempena bulan mulia - bulan syawal -
perlulah kita bermaafan dengan kedua orang tua kita,sanak saudara serta rakan2...

Terlanjur kata,tersalah bahasa,harap dimaafkan
hidup sebagai manusia ni,yelah,bnyk kesilapannya.